Bender


Muhamad Shaufiq Hafizi bin Md Isa, dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan pada tanggal 10 September 1989 dan merupakan putera bongsu daripada 10 orang adik-beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh, Tanjung Karang dan di Sekolah Rendah Agama Sungai Sireh, Tanjung Karang daripada tahun 1995 sehingga tahun 2001 dan menamatkan pengajian peringkat rendah setelah tamat tahun 6.


Melanjutkan pengajian ke peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Agama Seri Desa, Tanjung Karang selama 3 tahun, daripada tahun 2002 sehingga tahun 2004. Mendalami asas ilmu agama dan diperkenalkan dengan subjek-subjek seperti Tafsir-Hadith, Nahu-Saraf juga Tuhid-Fiqah. Ilmu agama diselaraskan dengan ilmu akademik yang lain seperti matematik dan sains. Mengambil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di sini dan menamatkan pengajian peringkat rendah setelah tamat tingkatan 3. 






Seterusnya, melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Teknik Selangor Sungai Buloh, Sungai Buloh, Selangor untuk peringkat menengah tinggi dari tahun 2005 sehingga tahun 2006. Mengambil jurusan Pengajian Kejuruteraan Awam (Civil Engineering) dan diperkenalkan dengan asas-asas kejuruteraan seperti matapelajatan fizik, kimia, matematik tambahan serta kejuruteraan awam itu sendiri. Bermula disini minat dalam bidang kejuruteraan bermula dan masa depan dalam bidang ini mula kelihatan. Menamatkan pengajian di peringkat menengah tinggi pada tahun 2006 setelah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 


Pada Mei 2007, telah mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi Kedah (KMK), Changlun, Kedah bagi meneruskan pengajian diperingkat pra-universiti selama satu tahun berakhir pada Mei 2008. Di sini, minat dalam bidang kejuruteraan diasah dengan meneruskan pengajian dalam bidang sains fizikal di mana fokus pengajian adalah kepada bidang kejuruteraan. 

Alhamdulillah pada Julai 2008 sehingga kini, telah mendaftarkan diri di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor dan meneruskan pengajian diperingkat sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Marin), sebuah program kejuruteraan yang berkaitan dengan industri perkapalan dan lautan dalam (ship building and offsore)


Bergiat aktif semasa di universiti dengan melibatkan diri dengan pelbagai program dan aktiviti yang berlangsung terutamanya dalam bidang pengurusan, teknologi dan multimedia. Menjawat jawatan sebagai Setiausaha Biro Teknologi, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tuanku Canselor untuk penggal tahun 2009. Banyak terlibat dalam hal urusan program berkaitan dengan publisiti dan multimedia. 

Teknologi marin merupakan jurusan kejuruteraan yang dipilih. Dengan berharap impian untuk bekerja dalam bidang kejuruteaan marin (ship building, ship design, ship repair, offshore, etc) ini menjadi kenyataan, Insyaallah.


BENDER RODRIGUEZ XII
MUHAMAD SHAUFIQ HAFIZI BIN MD ISA
Project Engineer
Johor Shipyard and Engineering Sdn. Bhd.
Lot PT8436-A Mukim Hutan Melintang
36400 Daerah Hilir Perak
Perak Darul Ridzuan

Email: mshafizi89@gmail.com
            shaufiq.hafizi@johorshipyad.com.my
Facebook: www.facebook.com/benderrodriguezxii
Twitter: www.twitter.com/benderxii