Monday, February 20, 2012

::Top 10 Filem Hindustan Terbaik Sepanjang Zaman [Part 1]

Assalamualaikum w.b.t.

Hamboi, minat hindustan ke aku neh?? haha... Yup, minat la jugak. Sebab aku lahir akhir 80 an dan membesar sekitar tahun 90 an. Sepanjang tahun neh la filem2 hindustan duk meletup kat tv tempatan. Peminat ramai tahap gaban.

Aku?

Terpengaruh la jugak. Tapi tak semua filem aku tengok, sebab aku layan filem2 neh kebanyakannye time budak2 dulu. Dah mule masuk alam dewase neh, kureng sket la. Tapi aku still layan filem2 hindustan lame yang boleh menggamit balik memori aku. So, for today's post i would like to share about the Top 10 most valuable Hindustan Film's to be watched according to my rating.

#1. Kuch Kuch Hota Hai ( कुछ कुछ होता है)

(Credit to http://www.sharingnewz.com)

Kisah cinta 3 segi antara sahabat baik Rahul Khanna (Shahrukh Khan), Anjali Sharma (Kajol) dan Tina (Rani Mukherji), seorang pelajar baru kolej, anak kepade pengetua kolej tempat dorang belajar. Satu cerite yang agak touching bagi aku...ceeeewah. Papepon filem neh layak mendapat tempat pertame bagi filem hindi terbaik sepanjang zaman sebab jalan penceritaan die sangat2 bagus. Lagipun kene dengan jiwe aku yang suke jenis2 cerite romantik komedi...hehe. Tambahan pulak lagu2 dalam cerite neh sangat kene dengan jalan cerite dan lagu2 dorang neh still popular sampai sekarang. Aku hafal gak lirik lagu die sepam due. Tapi bukan sume la. Takde la taksub sangat aku neh!!



#2. Man (मन)

(Credit to http://imovies4you.com)

Dev Karan Singh (Aamir Khan) seorang lelaki kasanova dan pelukis dah pon bertunang dengan Anita (Deepti Bhatnagar). Nakdijadikan cerite, Dev neh bertemu dengan Priya (Manisha Koirala) semase dalam satu pelayaran kapal mewah. Dev jatuh cinte papde pandangan pertame pade Priya yang pade mase yang same dah pun bertunang dengan Raj (Anil Kapoor). Satu cerite cinte bersegi2, menunjukkan kesetian cinta, pengorbanan dan keteguhan pade janji. Eh jah, tadi kate minat romantik komedi punye genre, ape kes???? Suke hati aku la... dah aku minat crite neh, nak wat camne... haha

#3. Mohabbatein (मोहब्बतें)

(Credit to http://sanchit10.blogspot.com)

Aha!! Cerite nih banyak sangat karakter. Malas nak cerite semua. Tapi yang penting cerite mengenai sebuah kolej lelaki, Gurukal yang mengharamkan pelajarnye nak ber couple bagai. Sebelah kolej neh plak ade sbijik kolej perempuan. Dijadikan cerite, kedatangan seorang guru muzik daripde luar (sbelum neh student kolej Gurukal tak pernah belajar pasal muzik), Raj Aryan (Shahrukh Khan) membawe perubahan. Raj yang pernah ade sejarah percintaan dengan anak kepade big boss a.k.a pengetua kolej Gurukal, Narayan Shankar (Amitabh Bachchan). Bermule lah sebuah cerite untuk mengubah minda si Narayan neh oleh si Raj dengan membawe elemen cinte2 bagai ke Gurukal.

#4. Kaho Na... Pyaar Hai ( कहो ना प्यार है)

(Credit to http://www.bharathcinemas.info)


Jugak pasal sebuah ceritera cinta pandang pertame bagai antare Rohit (Hritik Roshan) dan Sonia Saxena (Ameesha Patel). Pertemuan antare dorang berdue neih ditambah pulak dengan pengukuhan cinte kat tas kapal mase satu pelayaran jadikan cerite neh lagi menarik. Dijadikan cerite, dorang berdua tersadai kat sebuah pulau. Nyanyi lagu sepam, trus couple. Wah, mudah betol ye.... semudah A B C saja... cilake betol...haha. Tapi Rohit mati di tembah oleh bapak si Sonia nih jugak (tapi die tak tau). Sonia membawe diri ke New Zealand dan bertemu dengan Raj Chopra (Hritik Roshan) yg muke sebijik macam Rohit. Mesti la same, dah pelakon pon same. Bodo!!... haha. Yang penting cerite neh berbaloi untuk di saksikan.

#5. Chal Mere Bhai

(Credit to http://www.jointscene.com)


Kisah adik beradik Vicky (Sanjay Dutt) dan Prem Oberoi (Salman Khan) yang jadi tunggang-langgang sebab sorang pempuan, Sapna (Karishma Kapoor). Ape kes? Takkan dah habes pempuan kat India tuh kowt!!... haha. Ape buleh buat, dah cerite die cam tuh. Si Vicky dah tunang dengan si Sapna neh. Tapi dalam diam2 adik die, Prem jatuh cinte dengan si Sapna neh. Sapna neh plak membalas. Udah cerite jadi sewel sebentar. Tapi papepon, elemen cinte sejati, pengorbanan seorang abang dan kasih sayang kekeluargaan di terap dalam cerite neh.

Dah2... aku penat. Nanti aku sambung untuk Part 2 plak. pastu pasal filem melayu, korea, jepun, hollywood dan laen2 akn menyusul. Tapi sume filem adelah berdasarkan minat aku la dan berdasarkan yang aku dah tengok...=P

1 comment:

  1. suka suka giler SRK Amir Khan :)
    http://metrobestmom.blogspot.com

    ReplyDelete