Thursday, July 26, 2012

::MV Pacific Hawk


Assalamualaikum w.b.t.

Operasi memadam kebakaran MT Bunga Alpinia oleh MV Pacific Hawk
(Credit to  http://www.akasiamag.com)


Berita mengenai MT Bunga Alpinia Terbakar di Pelabuhan Labuan menjadi satu isu hangat di media terutama yang berkaitan dengan industri perkapalan dan perdagangan. Kemalangan adalah satu perkara yang sangat sangat ingin di elakkan kerana kemalangan dalam industri ini (perkapalan) akan melibatkan stu kerugian yang besar dan lebih penting, melibatkan kehilangan nyawa!! Berita terkini yang aku dapat mengenai MT Bunga Alpinia, usaha memadamkan kebakaran masih lagi di teruskan hingga ke lewat petang tadi. Setakat ini, seorang mangse warganeraga Malaysia sudah die temui, mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia di tempat kejadian, namun begitu lima mangsa masih hilang. Berharap agar semuanya berjalan lancar dan terima kasih atas bantuan yang telah di berikan. 

Tapi, di sebalik insiden tersebut, sebuah kapal yang terlibat dalam usaha memadamkan kebakaran menarik minat aku. MV Pacific Hawk merupekan salah satu Platform Supply Vessel (PSV) type vessel dari generasi terbaru. Rekabentuk kapal neh sungguh unik, agak berbeza dengan kapal kapal yang satu kelas dengannya. Masih mengekalkan warna oren, putih dan merah (warna kebiasaan untuk PSV) tapi rekaan superstructurenya sedikit berbeza. 

(Credit to  http://www.motorship.com)

Sedikit maklumat ringkas mengenai MV Pacific Hawk


Nama : MV Pacific Hawk
Pemilik : Swire Pacific Offshore Ltd
Tahun Dibina : 2011
Bendera : Singapura (Sg)
Panggilan : 9V9591
IMO No : 9579092
Panjang x Lebar : 88.1 x 19.0 m
Berat Kasar : 4059 Tonn
Halaju Maksimum : 16.1 knots


(Credit to  http://www.shipsandoil.com)

(Credit to  http://www.duivendijk.net)

Mengenai tindakan MV Pacific Hawk semasa insiden kebakaran MT Bunga Alpinia, itu merupakan satu tindakan berdasarkan perjanjian. Pemilik pemilik kapal perlu membantu kapal yang mengalami bencana sekiranya kapal tersebut berada dalam lingkungannya. Itu perjanjian yang telah di metrai dalam IMO. Tapi dari segi kemanusiaan pon, kalau berlaku bencane macam neh, kite pon tergerak hati nak menolong kan. So, it just normal. Yang penting, aku suke design MV Pacific neh. Nice. 

No comments:

Post a Comment