Assalamualaikum w.b.t.
From Album: Orang Tue Jumpe Lego
Ape khabar semua? Sehat? Lame tak ketemu... Ceewah.. Haha. Lame tak update blog neh, nak kate sibuk tu, takde la sangat, tapi nak ambil feel menulis tu bukan maen payah. Sebab aku neh jenis menulis panjang, karang bile menulis jadi macam karangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) plak. Owh, dalam mase tu, kebetulan sekarang neh budak budak tingkatan 5 seluruh Malaysia tengah duk debar ambik exam SPM waktu neh, termasuk lah anak buah aku yang sulong sorang, Amzar Syazani. Gud luck dr pade paksu, moge tenang menjawab soklan2 SPM dan success hendakNya... Amin. Anyhow, today story is about my first ever trip to the first and only Legoland Theme Park ever build in Asia, LEGOLAND MALAYSIA. Cekidout... Haha
The First and Only
Macam aku cakap tadi, Legoland Malaysia neh merupekan Legoland pertama dan satu satunye yang ade kat Asia. Kalau kat Negare jiran kite terdekat (Singapura), dorang ade Universal Studio, so kite plak ade Legoland sebagai salah satu takikan pelancong ke Malaysia, ke Wilayah pembangunan Iskandar khususnye.
Legoland Malaysia terletak lebih kurang 20 km daripade pusat bandar Johor Bahru, di tengah tengah kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar yang terletak kat Nusajaya. Dengan lebih tepat lagi, Legoland terletak di kawasan Medini (Salah satu kawasan di Nusajaya). Legoland di kelilingi oleh kawasan pembangunan lain sekitar Nusajaya macam Puteri Harbour (Pinggiran pantai), Kota Iskandar (Pusat Pentadbiran Negeri Johor) dan lain lain.
Kali pertame aku pergi daerah Nusajaya neh due bulan lepas. Time tu aku keje promoter untuk jual sim card maxis (kerje part time). Mase tu la aku baru tau Nusajaya tu ape. Dulu bese tengok kat signboard je. Aku ingat Nusajaya tu name baru untuk satu kawasan, yela, macam Bestari Jaya yang menggantikan nama asal; Batang Berjuntai. So aku anggap kawasan tu bese bese jela. Rupenye Nusajaya neh adelah pusat Wilayah Pembangunan Iskandar. So kirenye Nusajaya neh macam Putrajaya or Cyberjaya la untuk negeri Johor neh. Apepon, pembangunan kawasan sekitar neh masih rancak berlaku, tapi still mengambik mase untuk betol betol membangun siap dengan prasarana yang sesuai.
Sedikit maklumat tambahan, Legoland Malaysia neh di bahagikan kepade beberape bahagian; The Beginning, Lego Techni, Mini Land Lego kingdom, Imagination, Land of Adventure dan jugak Lego City. Kebanyakan gambo yang diambik just dekat area Mini Land. Tempat tempat laen tu banyak aktiviti yang kite bleh buat. Contoh maen roller coster, gelongsor air dan lain lain. Buat mase sekarang neh, harge tiket untuk masuk ke Legoland Malaysianeh adelah RM140.00 untuk tiket sehari dan RM278.00 untuk tiket setahun. mahal kan? Bese la tu, dorang target untuk orang dari negare jiran.
Ok, cukup sampai situ, nak lebih lebih korang boleh tanye uncle Google, die lebih mengetahui... Haha. Papepon, aku just nak share beberape keping gamba yang sempat di snap time dekat Legoland Tempoh hari.
From Album: Orang Tue Jumpe Lego
From Album: Orang Tue Jumpe Lego
From Album: Orang Tue Jumpe Lego
Ps: Credit kepade Che Ku Mohd Faizul untuk gambo gambo yang di ambil oleh beliau, aku tak bawak camera time pergi aritu (sejak gune Blackberry... ceeewah, promote)
No comments:
Post a Comment