Saturday, February 16, 2013

::Sebuah Perjalanan


Assalamualaikum w.b.t.




Sebuah perjalanan hidup mempunyai beberapa fasa. Dalam tiap fasa, ade liku dan ranjau yang harus ditempuh, ade dugaan yang menanti, ade ujian yang mendatang. Dalam setiap fasa perjalanan hidup itu akan ade rase sedihnye, rase gembirenye, rase terharunye, rase kecewenye, rase hilangnye, rase sayangnye. Macam macam perasaan, bercampur baur. 

Sebuah Perjalanan Hidup

Dalam sebuah perjalanan hidup itu, kita bertemu dengan pelbagai simpang, yang memakse diri untuk membuat keputusan. Kita bertemu dengan plaza tol yang kadang memakse kita untuk menanti, kadang mudah dan pantas je nak lalu, tapi terkadang tercekik jugak sebab bayaran die terlalu mahal. Kite jugak ketemu dengan kawasan Rehat dan Rawat (R&R), jumpe lopak2 air, jumpe jalan berbukit bukau, jumpe jalan lurus, bengkang bengkok, gunung ganang, gaung on-road, off-road. Macam macam. 

Kite rase sakit dengan setiap bende tu, setiap halangan tu. Tapi dalam perjalanan kite dalam hidup nhe, cube dongak ke langit, cuba pandang ke kiri, ke kanan. Lihat betape indahnye alam ciptaan Tuhan. Perjalanan hidup kita sukar, tapi dalam mase yang same Tuhan hidangkan kite dengan keindahan alam ciptaanNya sepanjang perjalanan kita. Bukankah itu suatu yang indah? Sebab kita diberi peluang untuk menikmati semua tu, cuma kita terlalu leka, sebab asyik mengeluh dengan ujian dalam ranjau perjalanan hidup. 

Maka dengan itu, bersabarlah, bertenanglah, redha lah. Perjalanan itu suatu yang sukar, suatu yang mencabar. Tapi kita perlu yakin, setiap usaha dan pengorbanan, tiap keringat kita akan dibalas dengan suatu yang setimpal dengannya. malah kadang kala lebih dari itu. Tuhan itu Maha Agung, Maha Berkuasa. Bertenanglah sepanjang perjalanan, kerana di penghujung setiap fasa perjalanan itu, pasti akan ade ganjaran untuk diri kita. Andai ganjarannya kecil, bersyukur dan berusahalah dengan lebih pada fasa perjalanan yang akan datang. Andai ganjaran nya besar dan sangat2 bernilai, bersyuur dan hargailah. Kerana anda berhak untuk itu. 

Fasa Terakhir

Sesungguhnya diri ini berada di fasa terakhir dalam perjalanan hidup menuntut ilmu. Gerbang ke pintu 'Dunia Baru' sudah kelihatan dari sini. Berharap agar diri tidak gopoh, tidak leka, tidak lalai. Walaupon perjalan akhir kelihatan mudah, pasti akan ada ranjau dan rintangan yang menanti. Harap diri dapat menempuh perjalanan ini dengan selamat hendaknya. 

Pernah suatu ketika diri berharap agar ade yang menanti tatkala diri berjaya menamatkan perjalanan dan masuk ke Dunia yang baru. Tapi itu sekadar harapan, andai tiada yang menanti, maksudnya perjalan masih jauh lagi. Harus bersedia untuk berjalan menempuh Dunia Baru yang pasti akan memberikan perjalan yang sukar, lebih sukar dari perjalanan yang pernah diri ini lalui. Tapi pasti dengan kesukaran itu, diri akan dihidangkan dengan keindahan sepanjang perjalanan. 

Harap diri mampu untuk menikmati keindahan itu walaupon masih dalam perjalanan. Dan harap, akan ada yang kunjung tiba, dalam hidup ini, sebagai peneman, bagi diri meneruskan perjalanan, untuk menghabiskan sisa hidup di muka bumi ini, sebagai seorang khalifah, sebagai seorang hamba, ciptaan Tuhan... InsyaAllah..

ps: Semester terakhir... ^^

No comments:

Post a Comment