Assalamualaikum w.b.t.
Masih belum terlewat untuk mengucapkan alhan wasahlan buat tahun baru 2014. Pejam celik pejam celik, habes dah tahun 2013, tahun yang banyak mengajar aku susah payah untuk kembali membina kekuatan diri dalam mengembalikan semangat yang luntur tatkala kejatuhan dalam diri satu masa dulu. Alhamdulillah syukur ke hadrat Tuhan Yang Maha Esa atas kurniaan yang diberikan, diri dapat menyempurnakan tahun 2013 dengan jayanya. Mungkin tidak semegah, tapi ada kemajuan.
Tahun 2013 memperlihatkan diri ini beralih arah, daripada seorang pelajar kepada seorang pekerja. Melangkah keluar dari universiti berbekalkan ilmu yang sedikit, menjejak ke dunia kerjaya yang pasti, akan menjanjikan berjuta pengalaman, cabaran dan dugaan.
Ape ape pon, Alhamdulillah tahun 2014 neh menjadi titik tolak pada pertemuan semula aku dengan rakan rakan seperjuangan kat universiti yang lalu. hampir setahun terpisah, hampir setahun tak ketemu, tapi bila berjumpa rasa macam baru semalam kami bergurau senda. Masing masing dengan kerjaya masing masing, dengan haluan tersendiri, tapi masih mengekalkan identiti, itulah kemanisan sebuah persahabatan. Indah tak mampu diucap dengan kata kata, hanya mampu bersyukur kepada Tuhan, kerana diri dipertemukan dengan rakan, teman, sahabat yang sedemikian.
Tahniah buat rakan, Nurilhami yang dah pon berumah tangga. Tahniah juga buat Amirul Amin dan Hafifi, maaf buat kalian berdua, masa tak mengizinkan diri untuk hadir ke majlis kalian berdua tahun lalu.
Tahun2013 telah pon selesai, tahun 2014 hadir memberi cabaran. Harapan diri adalah untuk melihat diri ini belajar dan menimba sebanyak mungkin pengalaman sambil bersedia menghadapi pelbagai cabaran yang sedia ada menanti di hadapan. bak kata diri, mungkin tiada kemewahan, tapi ada kehidupan, itu lebih penting, dan bersyukurlah atas segala kurniaan dari-Nya.
Enjoy dengan gambar gambar bersama rakan rakan tempoh hari masa majlis perkahinan teman, Nurilhami dan pasangan, ucapan buat kalian; Moga berkekalan dan berbahagia hendaknya. Aminn
Last but not least, a simple words from me:
Happy New Year 2014
kemain mendongak die kat pic yg last tu..klu bley pjgkan lg leher tu, mau dibuat gitu..slamat tahun baru :)
ReplyDeleteleher kite jinjang la... huh... selamat tahun baru jugak awak... ^^
Deletejinjang ke kengkang?hiks~
Deletekenape tibe-tibe nmpk tinggi nie pict kt seblh pengntin.. musykil betoii la
ReplyDeletenampak kn pngantin tpakse sengetkan badan..kne pakse oleh beliau la tu..hiks..
Delete