Sunday, December 8, 2013

::Project Engineer


Assalamualaikum w.b.t.



Lame tak menjenguk blog sendiri, ade ruang dan waktu neh elok gua perkemas sikit kan. Update barang satu dua entry buat tatapan diri sendiri (satu je). Okay, 2 September 2013, gua memulakan kerjaye sebagai Project Engineer kat syarikat tempat gua praktikal dulu, Johor Shipyard & Engineering Sdn. Bhd. untuk tempoh probation selame 3 bulan. Alhamdulillah 2 Disember 2013, setelah 3 bulan tempoh probation, gua secare rasminye menjadi pekerje tetap dengan jawatan yang same. Menjadi seorang engineer mude yang masih belom berdaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM) menjadikan gua sebagai engineer tak berdafta. So, possibility gua untuk mendapat title  IngĂ©nieur (Ir.) adelah kabur. Hehe.

Tuesday, October 29, 2013

::It's My Day



Assalamualaikum w.b.t.



Takde perasaan laen ingin dikongsi selain rasa SYUKUR yang teramat atas kurnian nikmat dan limpah rahmat dari Dia Yang Maha Esa, Pemilik segala yang ada di langit dan di bumi, Dia yang menguasai hari pembalasan. Alhamdulillah, selesai berkonvo, mungkin tidak sempurna, terkejar kejar berlumba dengan masa, mengisi ruang dan kesempatan yang ada dengan apa yang terdaya. 

Terima Kasih Mak
Terime Kasih Abang
Terime Kasih Kakak
Terime Kasih Teman
Terime Kasih Awak...

Sekeping gambar buat tatapan, bukti diri sudah melangkah kehadapan... ^_^

ps: Gua dah kerje...

Thursday, August 15, 2013

::Syawal 1434H


Assalamualaikum w.b.t.



"Allah bukan tak maqbulkan doa kita, tapi cuma belum sahaja. 
Jangan pernah berhenti, teruskan berdoa."

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Ikhlas Daripada
Muhamad Shaufiq Hafizi Md Isa
@Benderxii

Saturday, August 3, 2013

::Tahlil Buat Arwah Abah


Assalamualaikum w.b.t.

-
Menjadi kebiasaan bagi keluarga kami untuk melaksanakan majlis kenduri tahlil di bulan Ramadhan kat masjid buat arwah abah, Md Isa bin Hj. Ahmad. Sepanjang setahun aku belaja kat Kedah, lima tahun kat kat Johor, aku tak berkesempatan untuk melibatkan diri dalam majlis tahlil neh, Alhamdulillah, kali neh, tahun neh, aku berkesempatan. Ruang yang ade, dan peluang yang ade bukan selalu ade untuk aku. Sekeping gambar, suasane ketika majlis kenduri tahlil, di dewan makan Masjid Jame' At-tuqa, Sungai Sireh, Tanjong Karang Selangor, dipenuhi jemaah qariah masjid sebelum berbuka puasa pada tarikh 24 Ramadhan 1434H, bersamaan 7 Julai 2013. 

Al-fatihah buat arwah Md Isa bin Hj. Ahmad.