Showing posts with label Epilog Kerja. Show all posts
Showing posts with label Epilog Kerja. Show all posts

Wednesday, September 16, 2015


Assalamualaikum w.b.t.

Lama menyepi. Hari ini tergerak hati nak menulis. Hampir setahun meninggalkan penulisan ini, terlalu banyak pengalaman yang tak sempat diceritakan, dikongsi buat kalian.

Friday, October 31, 2014

::Launching


Assalamualaikum w.b.t.


Celah mane nak turun kapal neh? Lumpur je penuh belakang tu. Papepon, moga urusan dipermudahkan. This is our first launching at new site, problems shall occur, but we do try to minizie it. InsyaAllah, everything's going to be fine, and it will be a great success. InsyaAllah.

Tuesday, September 2, 2014

::Baru Setahun


Assalamualaikum w.b.t.



Pejam celik, pejam celik, genap setahun diri berkerja. Baru setahun, tapi setahun itulah yang memberi sedikit perbezaan, memberi pengalaman, memberi begitu banyak peluang untuk diri, untuk terus belajar, memahami, menghayati. 

Baru setahun, tapi setahun itu berbeza buat setiap insan. Kerna coretan setiap insan itu berbeza, walau ada titik persamaan dalam perjalanan, namun hakikatnya, perbezaan itu tetap ada. Kerana Tuhan, telah merancanakan yang terbaik, buat hamba-Nya. 

Baru setahun, tapi setahun itu adalah penglaman, ruang dan peluang yang telah Tuhan berikan, untuk diri lebih mengenali Sang Pencipta, dengan cara berbeza. 

Baru setahun, tapi setahun itu punyai pelbagai perasaan, indah, manis, pedih, pahit. Perasaan yang pasti berbeza, baut setiap insan. 

Baru setahun, masih adakah setahun lagi? Sebulan lagi? Seminggu lagi? Sehari lagi? Sejam lagi? Sesaat lagi? Sedetik lagi? 

ps: ........................ ok.

Nautica Tg. Puteri XXIV dan Nautica Tg. Puteri XXV 

Nautica Tg. Puteri XXIV

Sunday, December 8, 2013

::Project Engineer


Assalamualaikum w.b.t.



Lame tak menjenguk blog sendiri, ade ruang dan waktu neh elok gua perkemas sikit kan. Update barang satu dua entry buat tatapan diri sendiri (satu je). Okay, 2 September 2013, gua memulakan kerjaye sebagai Project Engineer kat syarikat tempat gua praktikal dulu, Johor Shipyard & Engineering Sdn. Bhd. untuk tempoh probation selame 3 bulan. Alhamdulillah 2 Disember 2013, setelah 3 bulan tempoh probation, gua secare rasminye menjadi pekerje tetap dengan jawatan yang same. Menjadi seorang engineer mude yang masih belom berdaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM) menjadikan gua sebagai engineer tak berdafta. So, possibility gua untuk mendapat title  IngĂ©nieur (Ir.) adelah kabur. Hehe.

Monday, October 15, 2012

::Rearrange, Rebuild and Restore


Assalamualaikum w.b.t.



Fuhh… Berhabuk, berdebu, berlumut blog neh sebab owner die bukan men lame tak update. Lebih 3 bulan!!!!  Haha. Bukan tak nak update, nak sangat sangat, tapi mase tak mengizinkan, kalau ade mase pon, sifat malas pulak menebal dalam diri. So, ke mane aku selame 3 bulan neh?? Berjalan jalan di dunie lua, menguji keupayaan diri, melihat sejauh mane kemampuan diri bertahan. Keputusan yang aku dapat? Aku tak bule nak mementingkan diri sangat, kene mikir pasal orang laen. Mase untuk aku pentingkan diri sendiri dah tamat. Dah sampai mase untuk aku hidup dengan orang sekeliling aku. Hidup macam manusie normal, bukan macam zombie, bukan macam mayat hidup.

Wednesday, July 11, 2012

::Workaholic


Assalamualaikum w.b.t.

Camera model: CANON PowerShot A3000 IS; 
F-stop: f/2.7; Exposure: 1/250 sec; ISO: 400, Focal: 6mm
Editing: Adobe Photoshop CS5; Date Taken: Aug 28, 2010 (10:58)


Hari tu aku ade cerite pasal countdown timer yang ade kat desktop aku neh, sebagai satu peringatan untuk aku capai bende tu atau memulekan sesuatu. Workaholic: Satu penande aras yang aku letak menandekan aku berade kat satu ruang antare diri aku sebagai pelajar dan jugak diri aku sebagai seorang pekerje. Memandangkan aku kene extend setahun, maksudnye mase aku untuk ke dunie pekerjaan sebenar akan tertangguh. Aku dah anggap aku dah habes belajar semester yang lepas. So, waktu setahun aku sebagai seorang pelajar 'extend' aku namekan sebagai workaholic.

Saturday, February 25, 2012

::Aku Seorang Designer


Assalamualaikum w.b.t.

Woo~~~ Designer. Am I?? haha. Yup. Betol la tuh. Aku sorang designer tapi bahagian mane? Em... Sepanjang 4 tahun aku berade kat UTM neh, aku terlibat dengan banyak program. Dan bagi setiap program yang aku join, biasenye aku akn diletakkan kat bawah unit multimedia, publisiti atau media grafik. Ade lagi banyak gak kat unit2 laen aku ditempatkan. Tapi yang biase neh la. Media. Its all about media.

Sunday, January 15, 2012

::Care Best Bawak Kapal Selam

Assalamualaikum w.b.t.

MV Fairpartner

Aku dapat idea untuk
entry kali nih sebab malam tadi aku tengok Majalah 3 kat tv propaganda kerajaan, TV3 cerite pasal Muzium Maritim Melaka yang baru nak dibine, dekat Klebang, Melaka dan dijangkekan siap sekitar tahun 2014.

Btw, yang aku nak cerite hari nih adelah satu tarikan yang akan ade kat muzium tu nanti adelah sebijik kapal selam yang akan menjadi tarikan utame bile muzium tuh siap nanti. Gambo2 kat bawah nih adelah gambo semase proses membawe balik kapal selam milik tentere laut Perancis yang dihadiahkan kepade kerajaan Malaysia (bagi hadiah seh!!, rasuah la tu...hehe) yang akan ditempatkan di muzium maritim tuh nanti.

Projek untuk membawe balik kapal selam nih diuruskan oleh pihak Felda dengan menggunakan khidmat syarikat pengangkutan laut terkemuka dunia, Jumbo Shipping yang famous dalam
sea transportation and heavy lifting. Mendapat kerjesame daripade Delft University of Technology dan beberape agensi lain termasuk daripade Singapura dan Malaysia, projek nih berjaye dilaksanekan.

Kapal yang digunekan untuk projek
heavy lifting nih MV Fairpartner milik Jumbo Shipping. Dibine pade tahun 2004 dengan panjang keseluruhan, LOA 144.21m, mempunyai 2 bijik krane berupaya mengangkat 900 ton setiap satu, so due bijik crane, krane nih berupaye untuk angkat 1800 ton in total!!!!
As me a student who is marine engineers to be, this is truly awesome!!! Btw, this is normal in marine industries, we do deal with heavy machinery, huge structure, heavy load!!
So, enjoy this pictures dudes...






Source:
Successful lift, transport and placement of submarine by Jumbo Shipping

ps: kapal MV Nautica Maharani yang aku naek dulu 120m, so kapal MV Fairpartner nih besa sket la...hehe

Tuesday, January 3, 2012

::Badi JSE

Assalamualaikum w.b.t.

Hari nih aku dikejutkan dengan berita mengenai tragedi malang yang menimpe beberape orang kawan aku kat tempat aku praktikal (Mei-Ogos 2011). Bende nih jadi minggu lepas tapi aku baru dapat tahu berite nih daripade kawan aku yang study kat UTM nih, student master. Die pon dulu praktikal kat tempat yang same dengan aku, kat Johor Shipyard & Engineering Sdn. Bhd. tapi tahun sebelumnye la, 2010.

Kapal Nautica Tg. Puteri XI semase proses pembinaan

Insiden malang nih berlaku sebelum proses pelancaran kapal tunde yang baru siap dibine, Nautica Tg. Puteri XI yang mane time praktikal dulu aku terlibat dalam proses pembinaan kapal nih!! (as trainee project engineer & draftsman). Pelancaran kapal nih menggunekan balloon as support, so time launching, kapal akan menggelongsor ke sungai (sungai Perak).

Friday, December 30, 2011

::Warkah Akhir Tahun 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepade Tuhan Yang Maha Esa kerane diri ini masih diberi kesempatan untuk terus bernafas, mengihirup udara yang segar, menikmati keindahan alam ciptaan tuhan, diberi keupayaan untuk terus bekerja (belajar). Terlalu banyak nikmat yang telah Tuhan berikan kepade kite sampai tak ternilai banyaknye. Berape banyak yang bersyukur? Berape ramai lagi yang masih lena dibuai mimpi2 indah duniawi, mengejar kemewahan dunie, melanggar batasan agama, mengabaikan suruhan-Nya dan terus leka dengan alam yang fana ini.

Bermuhasabahlah

Kite hidup kat dunie nih hanye sebagai seorang hamba, khalifah dimuka bumi yag sementara nih. Bukan kekayaan yang patot kite kejar, bukan dunie yang patot kite turuti, bukan kebahgiaan yang kite cari, bukan keseronokan yang kite hayati, bukan harta menjadi kiblat hidup.

Ape yang kite cari?

Kite sebenarnye mencari keredhaan Allah s.w.t. Cume ade satu formula ringkas untuk mendapatkannye:

Buat ape yang di arahkan
Tinggalkan ape yang ditegah


Same2 lah kite muhasabah diri kite sendiri, dah penghujung tahun 2011 pon, dah nak masuk 2012.

Ok, muqaddimah yang agak panjang untuk post kali nih. Bukan ape, sekadar peringatan kepade diri sendiri dan juge orang lain. Bagi aku, tahun 2011 adelah tahun yang agak mencabar berbanding tahun2 sebelumnye. Bukanlah maksudnye tahun2 sebelum nih aku ok, tiap tahun pon ade masalah, cume tahun sepanjang 2011 nih aku banyak belajar bende yang baru.

Suku pertama 2011

Aku banyak menghabiskan mase aku dengan kawan2 aku kat universiti. Belajar, bekerja (berprogram), berhibur, bergurau sende. Agak lalai la. Pelajaran tak seberape bagus. Cube memotivasikan diri dengan keadaan tapi tak berape berjaye lah...haha

Em, dalam mase nih jugak aku mula berbaik semula dengan kawan baik aku. Bak kate orang, bunag yang keroh, ambil yang jernih...hehe. Btw, awal tahun nih tak berape sangat lah. Tak banyak yang memberi impak.

Suku kedua 2011

Menuju penghujung semester. Dah mula sibukkan diri dengan urusan2 pelajaran (tapi takde lah serius sangat). Menguruskan penempatan untuk berpraktikal (Alhamdulillah dapat kat Teluk Intan).

Suku ketiga 2011

Praktikal di Johor Shipyard & Engineering Sdn. Bhd. (::Percutian Mewah MT Nautica Maharani , ::Internship) bermula pertengahan mei 2011. Dapat banyak pengalaman kat sini. Belajar suasana kerja, menghadapi tekanan kerja. Bermula time nih la aku belajar erti kehidupan. Berkenalan dengan ramai orang menjadikan diri nih terase begitu kerdil. Terlalu banyak yang aku belum fahami, yang belum aku ketahui, yang belum aku hadapi.

Time nih jugaklah aku dapat tengok situasi sebenar manusie kat luar sane. Kebetulan pulak aku extend internship aku sampai bulan pose, so macam2 ragam manusie lah aku dapat tengok. Sape yang manusie, sape yang pakai topeng. Takpelah, crite nih simpan dulu.

Penghujung suku ketige nih, mule bergelut dengan kisah silam, bergelut dengan jiwe dan perasaan yang aku dah cube tahan selame hampir 2 tahun. Entah macam mane pulak bole terusik jiwe nih. Lagu2 jiwang mule menusuk kalbu walhal sebelum nih time karok ok je...haha

Tapi bile dilihat balik, keadaan sekitar menyumbang gak pade aku time tuh. Bajet buleh tahan la kan, dah tak nak duk berjiwang-jiwangan nih. Tapi duk dekat sangat dengan hospital (Hospital Teluk Intan), fuhhh memang menduge jiwe dan perasaan. Pon aku tak nak cerite sebab ape...hehe

Tapi, kesimpulannye, bermule suku ketige nih aku banyak belajar. Mendapat pengalaman yang baru luar dan dalam, rohani dan jasmani.

Suku keempat 2011

Merupekan keadaan paling genting dalam hidup aku sepanjang tahun 2011. Dah lah hujung2 tahun nih cuace selalu hujan. mendung selalu, hujan lebat dengan ribut petir, bunyik guruh berdenduman di langit, kilat sambar menyambar. Macam tuh jugak lah diri aku...ceeewah. Masih bergelut dengan jiwe dan perasaan, menjadikan diri nih nampak cam orang gile. Masalah dalaman boleh ditutup dengan senyuman dan senda gurau. Takde sape yang tahu.

Tapi saat aku duk hadapi kemelut dalaman yang begitu serius, time2 nih jugaklah lecturer aku nak duk nyibuk bagi masalah kat aku. Dah lah keadaan licin, hujan lebat, basah kuyup, tergelincir. Sempat berpaut tapi salah tempat, dan2 kene tolak. Nasib baek tak jatuh dalam gaung terus. Kesannye, aku terpakse extend study aku kat UTM nih selame setahun (mungkin setengah tahun).

Nak marah pon tak gune. Salah sendiri jugak. Aku yang sebelum nih dah nampak cam ornag gile, terus jadi orang gile betol2 kejap. Moral down kaw2. Time2 nih la bisikan2 jahat banyak masuk kat telinge,

"Gi la terjun bangunan, best ape mati, conform takde masalah"

Pale hotak ko, sape kate best mati? Suka sukis saja. Banyak sangat pulak amalan aku. Sembahyang 5 waktu pon tak terurus. Agama aku pon dah entah kemane. Name Islam. Tapi tak menunjukkan keislaman langsung.

Alhamdulillah, aku bersyukur atas ujuan yang diberikan Allah, tak kire ujian luaran mahupun dalaman. Aku banyak habiskan mase aku bermuhasabah diri, bace blog2 berunsur islam, mendapatkan sokongan dari keluarge dan rakan2 (bukan secare direct la).

Akhirnye aku sedar aku dah terlalu jauh menyimpang dari jalan yang sebenarnye. Jauh dari landasan yang betul. Aku dah lame terbabas dan ujian yang Tuhan berikan pade aku menyedarkan diri aku nih. Berbekalkan keringat yang ade, aku kembali naik dan menarik diri sendiri ke landasan yang betol semula. Bermuhasabah diri, menyedarkan diri sendiri tentang tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Cermin semula diri dan lihat diri nih sebagai hamba di muka bumi.

Aku bersyukur dengan ujian yang deberikan. Memang pahit ujian, menang sakit bile jatuh. Tapi berbekalkan ujian yang Allah berikan ni lah, aku dapat kembali ke jalan yang benar.

Secare umumnye, sepanjang tahun 2011 nih aku belajar erti kehidupan, erti percintaan, erti pengorbanan, erti kesakitan, erti kesusahan, erti kepayahan, erti kejatuhan, erti keinsafan, erti tanggungjawab dan macam2 erti lagi lah.

Tapi yang paling penting, aku belajar erti seorang hamba, erti menjadi khalifah dimuka bumi. Tahun 2011 mematangkan aku, meninggalkan aku dengan 1001 kenangan manis, pahit, masin, payau, tawar, pedas, panas dan memberi aku 1001 pengalaman sebagai pengajaran kepade aku.

Pape pon, 2011 akan melabuhkan tirai 31 Disember nih, dan lembaran baru 2012 akan dibuka yang mane aku pasti akan lebih mencabar. Btw, umur aku pon dah 22, umur translation between tenagers and adult. Sebelah kaki aku dah berade dalam alam dewase. Tanggungjawab dah mula berade kat bahu. So aku kene pastikan bile aku langkah kedue-due kaki aku nanti, aku mampu menggalas tanggungjawab tuh kat bahu aku. Insyaallah.


Selamat Tinggal 2011 dan Selamat Datang 2012

ps: Post yang agak panjang... ^_^

Saturday, December 10, 2011

::Percutian Mewah MT Nautica Maharani

Salam,

Aku dan windlass system kat bahagian aft Maharani.

Wow!!! Percutian. percutian pekejadahnye, gambo2 yang kat bawah nih sume adelah gambo2 aku mase intern dulu (bulan jun, 2011). Dah 6 bulan baru aku post pasal bende nih xsempat la nak post bende2 time aku intern ari tuh, busy memanjang. Dah mule ade mase lapang nih, bole la aku ber'blog' semule.

Pape pon, mase intern, aku berpeluang berkhidmat (ceh, berkhidmat tuh!!) kat kapal tangki baru, MT Nautica Maharani. Kapal nih di bine oleh syarikat tempat aku wat intern, Johor Shiyard & Engineering Sdn. Bhd. (JSE) dekat Teluk intan. Kapal nih adelah kapal terbesar yang penah dibine di Malaysia setakat nih. Panjang kapal nih 120 m, sevice speed of 12 knots (lebih kurang 20 km/h) dan kapasiti kargo adelah 10000 DWT.

Mule dibine pade penghujung suku tahun 2008 dan siap sepenuhnye pade suku pertame 2011, tapi hanye mampu diserahkan pade pemilik kapal, EA Technique Sdn. Bhd. (pemilik JSE) pade pertengahan tahun 2011 disebabkan masalah teknikal. Tapi pape pon kapal nih memang best!!

Dibine oleh JSE, syrikat yang ciput, saiz tanah sekangkang kere, lokasi pembinaan kat luar bandar, tapi berjaye membine sebijik kapal tangki yang terbesar di Malaysia!! Bangge aku intern kat sini, walopon aku tak terlibat dengan construction Maharani. (Tapi aku terlibat dengan construction Tanjung Puteri, 4 bijik lagi seh!!!)

Ape yang aku buat kat atas Maharani?

Jadi buruh, tak gune betol. Belaja tinggi2, ade ke kene angkat valve dari engine room, bukan kecik, valve pon dah separuh saiz aku. Memang cantek perangai bos aku.

Tapi sebenanye aku lagi banyak mengula kat atas Maharani nih. Selain daripade dapat merase sea trial Maharani (pusing2 keliling Pulau Pangkor). First time aku naek kapal bergerak selain daripade feri kat Pulau Pinang tuh.

Seronok duk kat Maharani, sume crew kapal sporting, cume kapten je agak kerek, macam nak mintak kene humban dalam laut!

Sepanjang tempoh aku kat Maharani, aku g usha2 perabih kapal nih. Sume tempat aku masuk, bile lagi nak merase. Engine room, navigation room, pump room, ballast pump room, sume tempat la aku g. Best wo~~~~

Aku share kat korang severals gambo aku time kat atas MT Nautica Maharani..Enjoy~~

MT Nautica Maharani daripade aft, starboard.

Main engine

View from poop deck during sea trial

Inside pump room

Navigation deck view taken from bridge deck

Intern student at JSE onboard of MT Nautica Maharani

Maharani view from Lumut jetty


ps: Tak saba rase nak jadi marine engineer nih. Adeh, lame lagi belaja, abes blaja tahun 2013. Harap2 rezki aku untuk keje dalam bidang marine nih tercapailah, InsyaAllah~~


BENDER RODRIGUEZ XII

Saturday, May 21, 2011

::Internship


Salam.

Agak lame aku tak menulis sebarang post dekat blog aku ni. Nak kate busy tu takde lah sangat, tapi agak la. Bermula 16 Mei yang lepas aku dah start jadi trainee dekat Johor Shipyard & Engineering Sdn. Bhd. (JSE) dekat Teluk Intan. Kenape aku pilih tempat ni? Tak pilih pon, sebab syarikat ni je yang bagi respon bile aku anta surat mohon buat internship ari tuh. So, kebas jela. Dekat pon dekat, dan familiar dengan kawasan Teluk Intan nih.

Main entrance JS, sebelah jalan utame ke Teluk Intan

Mase aku mule2 sampai dekat company tuh, aku tak tau nak buat ape. Tapi nasib baik ade lagi 6 7 orang budak2 yang buat praktikal kat situ (mase tuh la). Totalkan dengan kitorang bertige, ade 10 orang budak2 buat praktikal kat JSE ni. 5 orang budak2 IKM Berseri Perlis, sorang budak UTeM, 4 orang budak UTM termasuk aku.

Tapi ok la, sume kepale bole masuk, friendly pon friendly sume. Bab paling best, baru kenal pagi, malam dah g lepak tengok wayang, lepak2 men futsal sesame (skali dengan budak2 rumah sewe ak yang aku baru kenal gak...haha).

Stakat ni keje yang aku buat lebih kepade house keeping kat company tuh sebab sume engineer kat syarikat tuh tengah busy nak setelkan kapal Nautika Maharani yang tersadai kat Lumut 5 bulan....haha. Tapi banyak gak blaja bende baru, bawak forklift la yang paling best. Ngula tuh tok sah nk cite, hari2.

Hopefully kitorang dapat belaja bende yang sebenar (berkaitan bidang) bile engineer2 tuh turun kapal nanti.

ps: sampai kat JSE baru aku tau company JSE ni ade logo rupenye.....hehe.