Friday, December 7, 2012

::Kejujuran Itu Indah


Assalamualaikum w.b.t.

Tag: Sunshine.
Camera model: Blackberry Smartphone Integrated Digital Camera 
 Date Taken: November 4, 2012 (06:57)

Jujur itu kata sifat. Kejujuran itu menyerlahkan kata sifat jujur itu sendiri. Eh, yeke, memandai aku je. Macam la hebat sangat Bahase Melayu. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dulu pon nasib nasib je lepas. Ade hati nak berbasa basi. Neh la die kesan bile budak engineering memandai nak berbahase bagai. Macam ke laut je isi die. Haha. Tapi pape pon, bile kite sebut pasal jujur, sifatnya indah, tapi kadang kala menyakitkan. Tapi sakit kerana kejujuran adelah beribu kali lebih baik daripada sakit atas penipuan.

Kejujuran Itu Indah

Pernah suatu ketika diri ini menjadi sorang insan yang penuh dengan penipuan dan lakonan. Hidup berasaskan rasa hati. Menuju jalan yang tidak pasti. Menyelongkar jalan yang tak berpenghuni, memilih jalan yang penuh liku, tapi tetap yakin di hati. 

Diri tersedar dari lamunan, penipuan dan lakonan adalah satu yang plastik. Tiada keindahan di dalamnya pabila tipu daya menjadi mainan membentuk jalan kehidupan. Tersentak diri kembali menyedarkan diri, lakonan dan peniupuan jauh ditinggalkan. Kembali diri mencari hati. Pengalaman dan minda jadi peneman. Sehingga diri bertemu dengan kejujuran. Satu yang indah, manis rupanya, tapi kadang kala tajam sifatnya.

Pernah suatu ketika diri untuk mengambil jujur sebagai teman. Membantu diri mencari jalan, hala tuju dan tujuan. Tapi ego menjadi penghalang. Terlalu besar ego dalam diri. Tersembunyilah kejujuran di sebalik keegoan. 

Terlalu lame kejujuran disembunyikan, memberontak diri , hati, minda dan pengalaman. Ego di ketepi sejauh mungkin. Memberi laluan kepada kejujuran. Bersuara hati di iringi kejujuran. Sifatnya tajam adakala menusuk diri. Tapi itu adalah satu risiko yang perlu di ambil. Kerana disebalik kesakitan itulah, tersembunyi keindahan satu kejujuran. 

Tiada penyesalan disebalik kejujuran. Kerana ia lebih bermakna daripada berselindung dengan beribu penipuan. Diri, minda, hati dan pengalaman memandang diri. Tersenyum sendirian tanda gembira dengan kejujuran. Terlihat akan keindahan suatu sifat, yang selama ini di sembunyikan oleh keegoan.

Satu keindahan yang diberi nama, kejujuran.

ps: Jangan tak caye, budak engineering yang tulis tau.. muehehehe

No comments:

Post a Comment