Saturday, February 16, 2013

::Segalanya Bermula Di Sini (100th)


Assalamualaikum w.b.t.

 March 14th, 2007 9:31am


Sedar tak sedar aku dah ade 100 post!!! Haha. Tahniah kat diri sendiri. Sebab aku yakin takde sape pon yang sedar pasal bende neh. Mesti la takde yang sedar, name pon blog sendiri. Khusus untuk diri sendiri benanye. Anyhow, untuk post yang ke 100 neh, ade satu bende yang aku nak share. Sebuah tempat dimane aku dilahirkan, aku dibesarkan, aku bernaung, aku berteduh. Di sini aku menerima kasih sayang sebuah keluarga, di sini aku melihat segala perubahan, di suatu tempat, bernama Rumah.



Percaya Atau Tidak

Sedar tak sedar jugak, umo aku dah nak masuk 24 tahun. Nampak mude je kan aku neh? Yeah, mude, tak perlu kau tahu kenape aku begitu mude pade wajah, ape rahsienye? Makan jamu? No need la kawan. Gua secare asli diciptekan sebegini rupe. Kekal mude walaupon umo meningkat. Hehe

By the way, inilah rumah aku, tempat aku berteduh selame neh. Di rumah neh aku dilahirkan, di rumah ini aku dibesarkan, di rumah ini aku mendapat kasih sayang ibu dan bapa aku, di rumah ini aku menyimpan 1001 kenangan bersama abang abang dan kakak kakak aku. Segalanya bermual di sini. sepanjang 24 tahun aku hidup, rumah neh dah melaui berbagai fasa perubahan.

Korang nampak bumbung zink kan? Percaye atau tidak, mase aku lahir, bumbung rumah tu adelah daripade atap nipah. Pecaye atau tidak, bumbung zink yanga de kat atas rumah aku tu, hanye wujud selepas 7 tahun aku lahir ke dunie neh. Percaye atau tidak rumah yang besar itu suatu mase dahulu tidak memiliki sebarang bilik. Percaye atau tidak tingkap yang dikemaskan dengan kaca yang ada itu suatu masa dahulu hanye di kemas dengan plastik baja. Tapi malangnye aku takde gamba nak ditunjukkan. Keadaan rumah aku satu mase dulu.

Mak aku selalu tergelak bile tengok rumah orang bertampal bagai kat cerite Bersama Mu kat tivi 3 tu. Sebab mak aku kate: "Dulu rumah kite lagi teruk dari tu, mak dah pernah rase". Dan betol, mak aku, arwah abah aku pernah rase. Tapi mak aku dan arwah abah aku berjaye membesarkan sepuluh orang anak dengan berjaye walopon dalam keadaan serbe kekurangan. Arwah abah tak meninggalkan sebarang harte pon tatkale dirinya di jemput Tuhan. Tapi arwah abah dah tinggalkan zuriat yang faham dan tahu erti kesukaran hidup, dan arwah abah dah bekalkan diri kami adik beradik dengan ilmu. Sebab arwah abah takmo kami adik beradik hidup susah macam die. Terime kasih abah, terime kasih mak.

Papepon, aku nak share beberape keping gambo rumah aku. Aku letakkan tahun untuk diperlihatkan perbezaan rumah aku. Sekarang, mak dah hidup selese kat rumah tu. Mungkin rumah aku bukanlah rumah banglo yang mewah, tapi rumah itulah tempat kami adik beradik berteduh. Rumah itulah kami adik beradik akan berkumpul. Sebuah rumah yang menjadi suatu tempat bermulanya perjalanan hidup aku.


September 6th, 2010 4:13pm

September 11th, 2010 4:43pm

December 4th, 2010 5:17pm

December 7th, 2010 6:10pm

December 13th, 2010 6:13pm

December 13th, 2010 6:15pm

ps: Takde gambo rumah aku yang latest... haha, tak sempat snap... lua lebih kurang, tapi dalam laen, laman rumah pon laen.

3 comments: