Sunday, January 22, 2012

::Ku di Halaman Rindu

Assalamualaikum w.b.t.

Tajuk saje bagi pelik2 sket, ala2 jiwang gitu...haha. Btw, sebenanye post nih pasal keadaan aku yang kini dah berade kat kampung halaman sendiri....weeeee~~~~~ Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, Selangor, kampung halaman tercinta.

Tulis post macam aku baru balik hari nih je kan? Taksub balik rumah trus wat post....haha Takde lah, aku dah balik kampung nih rabu yang lepas, 18 Jan. Dapat online kejap, lepas tuh, hamboi2, takde tenet pulak. Bukan sebab aku duk kat hulu ke hape (kg aku ala2 metropolitan ok...haha), tapi kabel tenet kete curik da.

Low Level of Thingking

Nak dijadikan cerite, kabel tenet kat area rumah aku nih baru je kene curik sabtu yang lepas, 14 Jan. Penat brader2 TM datang pasang balik kabel2 tuh isnin 16, Jan, sekali rabu kene curik pulak. Sempoi gak mat2 pet, mat2 rempit, mat2 ganja, mat2dadah tempat aku nih. Rajin bekerje (mencurik)!!!!! haha.

Tu pasal la takde nak update blog, FB, twitter aku 2 3 4 hari. Alhamdulillah, semalam 22 Jan, brader2 TM tuh datang pasangkan kabel. Trime kasih brader2 TM, dan pihak TM sekali yang prihatin....ahakz~~

Merayau

So, macam biase la, mase terluang sepanjang cuti aku habeskan dengan membazir mase wat bende2 berpaedah n tak berpaedah seperti biase. Lepak dengan member2 sampai kul 3 4 pagi, karok sampai muntah darah, bowling sampa tercabut lengan, tengok wayang sampai rabun n merayau2 samapi lupe jalan balik rumah...haha

Btw, untuk tahun nih merase untuk lebih menghargai kawan2. Setelah macam2 bende berlaku kat aku tahun lepas, pengalaman banyak mengajar aku erti sebenar persahabatan dan sejauh mane erti percintaan (wooo...included!!!).

Yang penting, aku nak ambik mase yang masih ade untuk aku rapat serapat mungkin dengan kawan2 aku. Macam yang aku penah bagi tahu sebelum nih, merasai kehilangan seseorang tahun lepas adelah sebagai latihan untuk aku menghadapi kehilangan yang lebih besar (ramai) tahun ini dan tahun akan datang. Kehilangan bukanlah bermaksud kematian saje beb, lost contact tuh pon kire hilang jugak lah.

But, as the FB was invented, hopefully i'll still be able to stay connected with my fellow friends around the world even just through out the website. At least i know, what happen to them and they can know what is happening to me. At least as long as the FB still be running...huhu. Else, they can find me via phone. I gonna use the same number for my entire life (hopefully).

Allah itu Maha Adil dan Maha Bijaksana. Aku mengharapkan percintaan tapi tuhan belum berikan, tetapi Allah berikan aku kasih sayang, satu bende yang sebenarnye aku perlukan. Buat mase nih, cinta adelah kemahuan aku, tetapi kasih sayang adelah keperluan aku. Maka Allah telah berikan aku peluang untuk merasai nilai kasih sayang, daripade keluarga, sahabat handai, rakan taulan. Belum sampai masenye untuk aku menerima percintaan, sbb Tuhan tunjukkan dengan jelas pade aku, buat mase nih, kasih sayang dan sokongan dari keluarga dan rakan2 adelah yang aku perlukan.

Tuhan itu Maha Bijaksana,
Dia tak berikan ape yang aku mahukan,
Tetapi Dia berikan ape yang aku perlukan.

Alhamdulillah.

Papepon, meh layan lagu skali.

Lefthanded - Ku di Halaman Rindu



ps: so, just want to enjoy my holiday coz there will no more long period of holidays for me after this...hehe.. ^_^

No comments:

Post a Comment