Tuesday, January 3, 2012

::Badi JSE

Assalamualaikum w.b.t.

Hari nih aku dikejutkan dengan berita mengenai tragedi malang yang menimpe beberape orang kawan aku kat tempat aku praktikal (Mei-Ogos 2011). Bende nih jadi minggu lepas tapi aku baru dapat tahu berite nih daripade kawan aku yang study kat UTM nih, student master. Die pon dulu praktikal kat tempat yang same dengan aku, kat Johor Shipyard & Engineering Sdn. Bhd. tapi tahun sebelumnye la, 2010.

Kapal Nautica Tg. Puteri XI semase proses pembinaan

Insiden malang nih berlaku sebelum proses pelancaran kapal tunde yang baru siap dibine, Nautica Tg. Puteri XI yang mane time praktikal dulu aku terlibat dalam proses pembinaan kapal nih!! (as trainee project engineer & draftsman). Pelancaran kapal nih menggunekan balloon as support, so time launching, kapal akan menggelongsor ke sungai (sungai Perak).

Malang tak berbau

Mase awal pagi sebelum pelancaran kapal tuh, sorang kawan aku nih Alif Raizan (Electrical Engineer/Safety Officer) bertanggungjawab memerikse keselamatan proses pelancaran. Mase die tengah duk sibuk2 perikse, tibe2 one of 6 balloons used for the launching process is suddenly exploded!!

Dari kiri (Pakai safety helmet putih): Alif Raizan, Zack, Aku

Kawan aku nih berade hampir dengan kawasan. Akibatnye beliau tercampak hampir 6m daripade lokasi!!! Patah tangan kanan (kalau tak silap aku) dan mengalami kecederaan belakang badan. Ase lagi 2 mangse yang terlibat, patah kaki tak salah aku tapi aku tak kenal dorang tuh.

Kalau ikutkan sejarah, nih dah kali yang ketige pelancaran kapal menghadapi masalah. Pertame time launching Nautica Johor Bahru, amek mase 3 hari!! Launching Nautica Maharani (kapal yang aku naek dulu tuh) plak sangkut!! And the latest one is this vessel, Nautica Tg. Puteri XI...huhu. Ade lagi 3 bijik kapal tengah buat tu. Camne aku tau? Sebab aku yang redesign linesplan kapal tuh, aku yang potong besi kapal2 tu, tau la aku der...hehe

Construction kapal nih betul2 kat tebing sungai Perak, senang nak launching.

Aku harap kawan aku, Alif Raizan dapat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala so that he able to continue his job as well as to get married...hehe (Coz he were scheduled to be married by this 21st January 2011, but need to be postpone due to this incident).

Pelampung kapal meletup, 3 cedera
Oleh Ravale Savarinathan
bhnews@bharian.com.my
2011/12/28


TELUK INTAN: Tiga pekerja sebuah syarikat pembuatan kapal cedera, termasuk seorang daripadanya parah selepas salah satu daripada enam pelampung yang digunakan untuk me
nggerakkan kapal ke Sungai Perak di sini meletup, awal pagi semalam.

Alif Raizan Azman, 26, parah di bahagian kaki dan tangan dirawat di Hospital Teluk Intan, manakala dua lain yang hanya dikenali sebagai Mizi dan Wan masing-masing berusia dalam lingkungan 20-an dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama.

Alif Raizan, pekerja bahagian pendawaian elektrik berasal dari Kuala Lumpur ketika ditemui masih dalam keadaan terkejut dan tidak ingat kejadian itu dan hanya tersedar selepas berada di atas katil hospital kira-kira jam 7 pagi.

Katanya, ketika kejadian beliau bersama Pengurus Projek, New Kok Ho bersama beberapa pekerja sedang membuat persiapan terakhir untuk majlis ringkas
pelancaran kapal tunda yang diberi nama Nautica Tanjung Puteri yang dijadualkan untuk diturunkan ke Sungai Perak jam 6 pagi iaitu ketika air sungai pasang besar.

“Ketika saya berbincang dengan rakan sekerja, tiba-tiba terdengar bunyi letupan yang amat kuat dan sejurus selepas itu saya tidak ingat apa-apa dan apabila sedar mendapati diri saya terlantar di wad hospital.
“Peristiwa ini saya tidak akan lupakan sepanjang hidup saya. Saya anggap diri saya sebagai mati hidup semula. Saya bersyukur kepada Allah kerana kejadian ini tidak meragut diri saya atau mana-mana pihak,” katanya.

Sementara itu, seorang rakan sekerjanya, B Mohandass, 24, pula berkata sebaik saja pelampung itu meletup, beliau bersama Kok Ho dan seorang lagi rakan yang dikenali sebagai Jaganathan tidak bergerak dan hanya tunduk dalam ketakutan.

“Badan saya rasa bergegar dan saya panik selama beberapa minit sebelum sedar dan mendapati Alif terbaring kaku di tanah. Saya segera mengangkat Alif dan membawanya ke pejabat sebelum ke hospital,” katanya.

Kok Ho berkata, kira-kira 20 pekerja limbungan berada berdekatan kapal itu ketika kerja-kerja persiapan untuk menurunkan kapal dilakukan bermula lewat malam kelmarin.

Katanya, ia adalah kapal keenam yang dibuat syarikat itu dan kali kedua dalam tempoh tiga tahun kejadian seumpamanya berlaku.

Sumber: http://www.bharian.com.my/articles/Pelampungkapalmeletup_3cedera/Article/

ps: Risau gak aku, sebab aku involved direct dalam construction kapal tuh... Moge ko cepat sembuh Alip, tunang ko (kawan aku gak) dah risau gile tuh...hehe ^_^

No comments:

Post a Comment