Monday, December 31, 2012

::Warkah Akhir Tahun 2012


Assalamualaikum w.b.t.



 Pejam celik pejam celik, hari neh dah masuk 31 Disember 2012, tande tahun 2012 sudahpun tiba di penghujung. Menghabiskan sedikit lagi waktu, meniti di tiap detik terakhir di tahun 2012. Mengimbau balik post yang aku pernah buat, terkenang warkah 2011, rase macam baru semalam aku menulis warkah tu. Rase macam baru semalam aku merasai tahun 2011, rupanya tahun 2011 sudah lame berlalu pergi, dan aku melalui tahun 2012 sepanjang perjalanan neh rupenye. Sedikit pon tidak perasan, yang tahun 2012 akan berakhir sebegitu pantas. Diri ini bukan lah seorang penulis yang hebat, diri ini bukanlah seorang sastrawan yang ulung, diri ini bukanlah seorang yang bijak bermadah pujangga, tetapi diri ini hanyalah sekadar insan biasa, yang cuba menyampaikan bibit bibit pengalaman untuk perkongsian, menyampaikan cerite untuk pedoman dan sedikit nasihat sebagai sisipan, sekadar suatu tazkirah kepada diri sendiri dan juga kalian yang membaca.

Friday, December 21, 2012

::Selamat Hari Lahir?


Assalamualaikum w.b.t. 

Tag: 2011 birthday cake.
Camera model: Canon PowerShot A3000 IS
Date Taken: September 11, 2011 (01:08)

Happy Birthday to Me
Happy Birthday to Me
Happy Birthday to Me
Happy Birthday to Me

Tuesday, December 18, 2012

::Bersyukurlah


Assalamualaikum w.b.t.

Tag: The Dark Knight, tapir sebenarnye, dulu hitan, sekarang bitu.
Camera model: Samsung GT-E2121B Integrated Camera
 Date Taken: May 12, 2011 (14:19)


Sesungguhnye diri neh agak sibuk kebelakangan neh. Al maklum la student lagi kan, extend pulak tu. Generally memang la boleh diibaratkan Heaven in the hell’ tapi as long as pegang title sebagai student, aku tak boleh lari dari tekanan pelajaran. Ceeewah. Anyhow, aku curik curik mase jugak nak tulis post neh, sebab terdetik nak menulis pasal bersyukur neh bile aku terbace satu post yang ramai share kat pesbuk, pasal seorang pakcik dengan anak beliau dan sebuah motor Honda EX5 milik beliau.

Saturday, December 15, 2012

::Desa Tercinta


Assalamualaikum w.b.t.



Lagu dendangan Nora yang agak popular sekitar tahun 90an. Satu Lagu ciptaan Johan Nawawi dan lirik oleh Lukhman S. Aku membesar dengan lagu neh dan bile dah besa gini, lagu neh agak sentimental dengan bait-bait lirik yang sangat sangat hampir dengan aku. hampir dengan dengan kampung aku sendiri. Buat aku rase cam ade kat kampung. Lagu yang jadi dendangan bile diri neh rase rindu kat kampung halaman. Desa tercinta, Sungai Sireh, Tanjung Karang, Selangor.

Tuesday, December 11, 2012

::Daulat Tuanku


Assalamualaikum w.b.t.

(Credit to: http://mahaguru58.blogspot.com)


Selamat menyambut hari keputeraan ke -67 Sultan Selangor, 
Sultan Sharafuddin Abd Aziz Shah. 

Semoga Tuanku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta diberikan kekuatan untuk meneruskan pentadbiran Negeri Selangor dengan adil, saksama dan bijaksana serta menjadikan Negeri Selangor ini Negeri berkebajikan. Semoga pemerintahan Tuaku diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

Ikhlas daripada patik, Seorang rakyat biasa.  

Daulat Tuanku, Allahuakhbar!!

Friday, December 7, 2012

::Kejujuran Itu Indah


Assalamualaikum w.b.t.

Tag: Sunshine.
Camera model: Blackberry Smartphone Integrated Digital Camera 
 Date Taken: November 4, 2012 (06:57)

Jujur itu kata sifat. Kejujuran itu menyerlahkan kata sifat jujur itu sendiri. Eh, yeke, memandai aku je. Macam la hebat sangat Bahase Melayu. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dulu pon nasib nasib je lepas. Ade hati nak berbasa basi. Neh la die kesan bile budak engineering memandai nak berbahase bagai. Macam ke laut je isi die. Haha. Tapi pape pon, bile kite sebut pasal jujur, sifatnya indah, tapi kadang kala menyakitkan. Tapi sakit kerana kejujuran adelah beribu kali lebih baik daripada sakit atas penipuan.

Saturday, December 1, 2012

::Neurologi


Assalamualaikum w.b.t.

(Credit to http://kkmi.blogspot.com)
 
Tak banyak term perubatan yang aku tau dan jike anda budak budak medik dan anda bercerite mengenai term medikal, sile tipu aku dengan yakin, sebab aku mesti caye punye. Sebab aku tak tau, aku bukan budak medik, aku budak engineering. Anyhow, hari neh aku pergi derme darah seperti biasa, takde yang menarik pon kalau derme derme darah neh lagi lagi kalau Hospital Kerajaan yang handle, kalau Hospital swasta, KPJ contohnye, meriah siket, nurse die mude mude.. hehe. Tapi hari neh laen sket, sebab mase tengah derme darah, nurse cakap kat aku, aku TAK BOLEH DERME DARAH.... huh???? Ape kes?