Monday, December 31, 2012

::Warkah Akhir Tahun 2012


Assalamualaikum w.b.t.



 Pejam celik pejam celik, hari neh dah masuk 31 Disember 2012, tande tahun 2012 sudahpun tiba di penghujung. Menghabiskan sedikit lagi waktu, meniti di tiap detik terakhir di tahun 2012. Mengimbau balik post yang aku pernah buat, terkenang warkah 2011, rase macam baru semalam aku menulis warkah tu. Rase macam baru semalam aku merasai tahun 2011, rupanya tahun 2011 sudah lame berlalu pergi, dan aku melalui tahun 2012 sepanjang perjalanan neh rupenye. Sedikit pon tidak perasan, yang tahun 2012 akan berakhir sebegitu pantas. Diri ini bukan lah seorang penulis yang hebat, diri ini bukanlah seorang sastrawan yang ulung, diri ini bukanlah seorang yang bijak bermadah pujangga, tetapi diri ini hanyalah sekadar insan biasa, yang cuba menyampaikan bibit bibit pengalaman untuk perkongsian, menyampaikan cerite untuk pedoman dan sedikit nasihat sebagai sisipan, sekadar suatu tazkirah kepada diri sendiri dan juga kalian yang membaca.

Demi Masa

Demi masa! Sesunguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-roang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah Al-asr, ayat 1-3)

Perasan atau tidak, sedar atau tidak kite merasekan mase dan waktu semakin pendek. Sangat berbeze dengan masa kita diwaktu persekolahan, zaman kanak kanak. Kalau zaman kecik kecik dulu, kemaen, rase sehari tu lame betol. Puas bermaen satu hari. Tapi sekarang, kejap betol mase berlalu, tak sempat nak bermaen bagai. Terlalu banyak urusan.

Masa berganti masa, hari berganti hari, kita merasakan waktu yang ada untuk kita begitu suntuk. Kenap? Kenapa jadi begitu? Kenapa waktu yang pernah kita lalui masa kecil tidak sama pada ketika ini?

Kerana tanggungjawab. Setiap hari semakin banyak tanggung jawab dipikul, semakin banyak amanah diberikan dan semakin banayk urusan harus diselesaikan. Kerana itulah masa dirasakan semakin pendek, begitu singkat untuk setiap hari. 

Alangkah rugi sekiranya setiap hari hanya diisi dengan urusan duniawi. Adalah sangat rugi andai setiap hari tidak sedikit pon diisi dengan persiapan diri untuk menghadapi hari pembalasan. Kerna mati itu bukankah juga suatu janji yang pasti? Tanpa kita mengetahui bilakah ajal akan datang menjemput diri. Renungkanlah. 

Papepon, seperti tahun lepas, tahun 2012 juga dipisahkan dengan 4 suku tahunan. Suatu ringkasan hidup ini sepanjang tahun 2012.

Suku Pertama 2012


Merupakan kesinambungan kepade tahun 2011. Masih cuba untuk menstabilkan semule moral aku yang jatuh teruk, hidup aku yang goyah akibat jatuh dalam hidup. Sakit die masih terase. Sakit yang teramat. Menyusuri hari dalam hidup dengan kesedihan. Dalam kesedihan pon tanggungjawab tetap kene tunaikan.

Tapi papepon, lepas final exam tu aku cabut balik kampung. Kembali ke kampung halaman untuk merehatkan diri, membina semula semangat, bersemuka dengan keluarga untuk mendapatkan sokongan moral. Sangat sangat berkesan!!

Aku balik awal ke UTM, 2 minggu lebih awal. Kesempatan yang ade aku amek untuk travel sket, buat jelajah mini dengan kawan aku yang ade mase tu, Pocak. Yela, takkan nak travel sorang sorang, nanti nampak bangang pulak. Tapi pape pon, berjalan2 menjadikan diri lebih bersemangat. Banyak lagi tempat aku tak pergi kat negeri johor neh rupenye. Yang pasti, mase travel tu aku merayau dari Piai (sebelah barat Johor) ke batu Layar (sebeah timur Johor). Sebuah pengembaraan dalam masa sehari. Sungguh awesome!!!

Memulakan semester baru dengan semangat yang baru!! hehe

Suku Kedua 2012


Merupakan penghujung kepade sesi pembelajaran aku (sepatutnye) kat UTM neh. Tapi ape kan daye, diri masih perlu meneruskan perjalanan untuk menyelesaikan saki baki yang masih tinggal. Aku kene stay kat UTM untuk setahun lagi.

Menghabiskan masa masa yang tinggal bersame rakan rakan kat UTM, sebab waktu neh la merupekan waktu aku untuk berpisah dengan dorang semue. Takdir Tuhan, janji Tuhan, di mana ada pertemuan, pasti akan diiringi dengan perpisahan. Itu suatu janji yang pasti, kerana kita hanyalah insan, makhluk ciptaan Tuhan teragung, yang hidup di muka bumi ini berlandaskan takdir yang telah ditetapkan olehNya.



Aku tengok sorang sorang kawan aku menjejak kaki ke Dunia Baru. Satu dunia yang sepatutnya aku sama sama melangkah dengan dorang semua. Tapi takdir Tuhan menyatakan aku perlu meneruskan perjalanan aku disini, di UTM. Suatu kenangan daripada rakan rakan, suatu kenangan yang aku tak kan lupakan. Semoga kalian berjaya di luar sana, nantikan diri ini akan menyusul kemudian, InsyaAllah. 

Suku Ketiga 2012

Diri bersendirian mencari arah, membina semangat yang kian luntur. Di saat rakan rakan laen bercuti kemaen dekat kampung, aku memilih untuk tinggal di UTM menghabiskan saki baki cuti yang ada. Menimba sedikit pengalaman untuk merasai erti kepayahan hidup. Bekerja sementara untuk menyara kehidupan, merasai betapa kerdilnya diri, betapa susahnya hidup, tanpa ilmu di dada. 

Nekad diri berpesan dengan lantang, bukan itu dunia yang kau ingini, bukan itu hala tuju yang mahukan, kerna diri ternyata mahukan suatu yang lebih bernilai, yang sealalu diperkatakan, suatu perkara disebut sebagai kehidupan. 

Tersentak diri terkenang diri yang seakan hanyut dibelai dunia. Mengejar dunia, mengejar harta. Terkenang ayat dari pensyarah, "Utamakan yang utama, kamu pelajar, belajar adelah keutamaan kamu". Kembali mencermin diri sendiri, ade saki baki yang aku harus selesaikan, ade tanggungjawab yang harus dipikul, ade urusan yang harus diselesaikan, suatu urusan yang dipilih untuk dipikul. Suatu perjalanan yang diri ini memilih untuk melaluinya. 

Ayat dari seorang rakan dipegang; "Pelan pelan kayuh, nanti sampai jugak"

Suku Keempat 2012


Kembali bertemu rakan rakan tatkala mereka bergraduasi. Tahniah kalian, anda layak untuk menerima apa yang sepatutnya, moga kejayaan terus menerus mengiringi kalian. Sebak dalam diri tatkala melihat seorang demi seorang rakan mula pergi jauh, jauh dari pandangan. Berkelip kelip mata menahan sebak, tapi perpisahan atas jalan Tuhan itu suatu yang indah. Moga kita bertemu lagi. 

Memulakan pecutan terakhir, memotivasikan diri sendiri untuk kembali duduk untuk belajar. Mengingatkan diri untuk kembali bergerak menuju ke puncak, suatu puncak yang diri ini pernah tiba suatu masa dulu. 

Diri memilih untuk berubah, suatu perubahan kecil yang tiada siapa perasan. Kerana diri memilih untuk berubah dalam diam. Ternyata perjalanan untuk berubah bukanlah suatu yang sukar, tetapi untuk istiqamah dalam perubahan, itu yang lebih sukar. 

Di uji diri dengan kehadiran seorang teman, seorang yang menceriakan sepanjang perjalanan, seorang teman yang tidak pernah disangkan kedatangannya. Namun dirinya memilih untuk kekal menjadi skadar teman. Dan diri ini menghormati suatu keputusan, sambil melihat diri sendiri. Perjalanan masih jauh, liku liku perjalanan bukanlah suatu yang boleh dipandang enteng. banyak dugaan yang harus dilalui. Pengalaman menjadi bekalan agar diri tidak jatuh lagi. Terima kasih kerana sudi menemani diri dalam perjalanan.

Sepanjang perjalanan dalam tahun 2012 ini, diri belajar untuk lebih menghargai, diri diajar erti perpisahan, diajar erti menghormati, diajar erti tanggungjawab, diajar erti pengorbanan, diajar erti untuk bersabar, diajar erti untuk berusaha. terlalu banyak yang diperoleh sepanjang tahun 2012. Walaupon awal perjalanan bukanlah suatu permulaan yang indah. 

Alhamdulillah, sedar tidak sedar tahun 2012 merupakan tahun penyembuh diri yang sakit dilanda zaman kejatuhan tahun 2011. Penghujung 2012 adalah waktu untuk diri bangkit semula meneruskan perjalanan, tangkas mendaki menuju semula ke puncak, gagah diri membina semula empayar yang musnah teruk. 


Terima kasih untuk kalian yang hadir dalam hidup sepanjang tahun 2012. Setiap dari anda memegang watak yang sangat bermakna bagi diri ini. Setiap dari anda ada meninggalkan kesan dalam jalinan masa hidup ini. Sumbangan kalian atas diri ini dalam mencorakkan kisah hidup yang menarik sepanjang tahun pemulihan ini adalah sangat besar nilainya. Terima kasih kalian. 

Tahun 2012 akan menjadi suatu kenangan yang indah. Suatu kenangan sejarah. namun pengalaman yang diperoleh akan diri ini bawa bersama. 

Selamat Tinggal Tahun 2012. 
Terima kasih untuk segalanya..

ps: Jumpe lagi Tahun 2013, InsyaAllah 

3 comments:

  1. awak..
    penat td taip pjg2..past tu kn die hilg sb line tenet dc td..
    so xingat ckp ap td..cume yg sy ingat..
    terima kasih awak sb jd sbhgian drp kngan hidup thn 2012 sy..
    semoga pkenalan dgn awak ne, hadiah pshbtn dr Allah..
    awak..
    tolong ye, mohon ye..
    stay cute, stay gedik, stay bongek, stay bluek, stay mak nenek sb sume watak awak tu adalah indah..

    selamat thn br awak :)

    ReplyDelete
  2. Terime kasih jugak dekat awak sebab jadi sebhagaian daripada kisah hidup dan pengalaman sy tahun 2012... Moga perkenalan akan terus berkekalan..
    Awak pon terus stay chumil, stay mentel, stay ngade... Sebab itu adalah awak...
    Semalat tahun baru awak... =) *senyum selalu*

    ReplyDelete
  3. Eh, salah eje, "Selamat Tahun Baru" awak... =)

    ReplyDelete