Tuesday, September 2, 2014

::Baru Setahun


Assalamualaikum w.b.t.



Pejam celik, pejam celik, genap setahun diri berkerja. Baru setahun, tapi setahun itulah yang memberi sedikit perbezaan, memberi pengalaman, memberi begitu banyak peluang untuk diri, untuk terus belajar, memahami, menghayati. 

Baru setahun, tapi setahun itu berbeza buat setiap insan. Kerna coretan setiap insan itu berbeza, walau ada titik persamaan dalam perjalanan, namun hakikatnya, perbezaan itu tetap ada. Kerana Tuhan, telah merancanakan yang terbaik, buat hamba-Nya. 

Baru setahun, tapi setahun itu adalah penglaman, ruang dan peluang yang telah Tuhan berikan, untuk diri lebih mengenali Sang Pencipta, dengan cara berbeza. 

Baru setahun, tapi setahun itu punyai pelbagai perasaan, indah, manis, pedih, pahit. Perasaan yang pasti berbeza, baut setiap insan. 

Baru setahun, masih adakah setahun lagi? Sebulan lagi? Seminggu lagi? Sehari lagi? Sejam lagi? Sesaat lagi? Sedetik lagi? 

ps: ........................ ok.

Nautica Tg. Puteri XXIV dan Nautica Tg. Puteri XXV 

Nautica Tg. Puteri XXIV

No comments:

Post a Comment