Tuesday, November 20, 2012

::Aku Kembali


Assalamualaikum w.b.t.

Tag: Sunshine.
Camera model: Blackberry Smartphone Integrated Digital Camera 
 Date Taken: November 14, 2012 (22:17)

Dalam perjalanan hidup, kita sering kali tersalah jalan tatkala minda begitu fokus pada satu tujuan, mencari diri sendiri. Begitu juga diri ini, yang sering kali tersilap langkah, gerak geri yang sering kali dipenuhi dengan cacat cela, kerana ketidak sempurnaan diri dalam melangkah. Kalangkala dalam perjalanan kita terjatuh, tersandung batu dijalanan. Tangan dipenuhi luka, darah menitik halus di jalan yang sepi. Tapi itu bukanlah satu kesilapan, kerana berlaku atas ke khilafan diri. Timbalah pengalaman diperolehi, tinggalkan kesakitan ke tepi. 

Ke Pangkuan

Adakalanya diri ini terlalu taksub dengan perjalanan, terlupa akan diri sedia ada yang sudah ditemui. Namun sifat manusia itu sendiri, tamak menguasai diri. Tidak berpuas hati dengan apa yang dimiliki, senantiasa mahukan sesuatu yang lebih, dan lebih, dan lebih. Kerana tahu, diri yang ada kini masih boleh menjadi lebih baik, lebih baik daripada yang ada kini. Kerna itu lah diri senantiasa berjalan. 

Adakalanya kesakitan diperjalanan mematahkan semangat, melemahkan jiwa yang kian rapuh. Tapi diri telah berjanji, ini jalan yang ingin diambil, arus perubahan yang ingin di canai. Tapi perjalanan itu sangat jauh, sangat panjang, sangat meletihkan. 

Adakalanya diri ini perlu kembali ke pangkuan. Kembali bukan bermakna berpatah balik, kembali bukan kerana putus asa, kembali bukan kerana diri lemah. Tetapi kembali kerana diri inginkan suntukan semangat untuk meneruskan semula perjalanan yang ditinggalkan sebentar. 

Rakan, maaf kerna sering kali mengabaikan kalian. Ternyata diri ini terlalu taksub mencari diri, sedangkan kalian merupakan tulang belakang yang senantiasa menjadi sokongan diri ini. Diri ini kembali bukan kerana gagal, tapi diri ini kembali kerana yakin, kalian mampu memberi suntukan semangat, untuk diri meneruskan perjalanan. 

Maaf kerana membuat kalian rasa kehilangan. Diri ini telah kembali lagi. Senyumlah. 

ps: Aku neh sastrawan ke? Cam salah bidang je... hahaha

2 comments: