Friday, October 31, 2014

::Launching


Assalamualaikum w.b.t.


Celah mane nak turun kapal neh? Lumpur je penuh belakang tu. Papepon, moga urusan dipermudahkan. This is our first launching at new site, problems shall occur, but we do try to minizie it. InsyaAllah, everything's going to be fine, and it will be a great success. InsyaAllah.

Wednesday, September 3, 2014

::UMP Pekan Kate Kau


Assalamualaikum w.b.t.



Hantar anak buah masuk universiti. Tengok suasane sekeliling, teringat pulak mase dulu dulu, mase masuk asrama SAMSED, daftar pulak dekat SMTSSB, lepas tu masuk KMK, dan yang terakhir, UTM Skudai. Really missed that moment!! Perasaan ditinggalkan keluarge, dan memulakan perjalanan bersendirian di tempat yang asing. Blaja dari tengah ke utara, lepas tu turun pulak ke selatan. Nak keluar negare tak layak, merantau negare sendiri je lah kan? 

Anyhow, good luck my dear nephew, make sure you're study! 

ps: UMP Pekan, tu dia bak hang, celah mana ntah. 

Tuesday, September 2, 2014

::Baru Setahun


Assalamualaikum w.b.t.



Pejam celik, pejam celik, genap setahun diri berkerja. Baru setahun, tapi setahun itulah yang memberi sedikit perbezaan, memberi pengalaman, memberi begitu banyak peluang untuk diri, untuk terus belajar, memahami, menghayati. 

Baru setahun, tapi setahun itu berbeza buat setiap insan. Kerna coretan setiap insan itu berbeza, walau ada titik persamaan dalam perjalanan, namun hakikatnya, perbezaan itu tetap ada. Kerana Tuhan, telah merancanakan yang terbaik, buat hamba-Nya. 

Baru setahun, tapi setahun itu adalah penglaman, ruang dan peluang yang telah Tuhan berikan, untuk diri lebih mengenali Sang Pencipta, dengan cara berbeza. 

Baru setahun, tapi setahun itu punyai pelbagai perasaan, indah, manis, pedih, pahit. Perasaan yang pasti berbeza, baut setiap insan. 

Baru setahun, masih adakah setahun lagi? Sebulan lagi? Seminggu lagi? Sehari lagi? Sejam lagi? Sesaat lagi? Sedetik lagi? 

ps: ........................ ok.

Nautica Tg. Puteri XXIV dan Nautica Tg. Puteri XXV 

Nautica Tg. Puteri XXIV

Sunday, June 8, 2014

::Selayaknya Aku


Assalamualaikum w.b.t.

Selayaknya aku
Untu merasai
Atas kealpaan diri
Suatu ketika dahulu

Selayaknya aku
Dihukum
Atas perbuatan diri
Suatu ketika dahulu

Tapi
Tiada penyesalan
Bagi diri

Kerana diri
Sedayanya berubah
Tidak lagi
Seperti dahulu

Kerana diri
Telah berusaha
Sedaya boleh
Tidak lagi
Seperti dahulu

Kerana diri
Telah menyayangi
Sepenuhnya
Tidak lagi
Seperti dahulu

Takdir Tuhan
Mendahului
Segala perancangan

Maafkan diri
Jangan ada benci

Wednesday, March 19, 2014

::Syurga Atau Neraka


Assalamualaikum w.b.t.




Sekadar selingan buat blog yang kian terabai. Syurga atau Neraka. ^____^


Sunday, January 19, 2014

::Jangan Ada Benci


Assalamualaikum w.b.t.



Nota ringkas buat diri, tabahkan hati menempuh hari hari yang menanti. Menanti? Ok fine, mendatang. Anyhow, perpisahan, bukanlah suatu yang indah, seboleh nya diri tak mau lagi dah rase bende gitu. Tapi, siapa diri nak menidakkan takdir. Elok membawa diri dari terus menyakiti. Melihat kebahagiaan orang laen, mungkin itu takdir yang harus diri selalu kene terime. Terime kasih atas pertemuan, terime kasih atas pengalaman, terime kasih atas pengajaran, terime kasih atas senyuman yang menghiasi hari hari. Indah. Moga kita masing masing sukses dalam hidup. InsyaAllah. Jangan ada benci. ^^

Sunday, January 5, 2014

::Tahun Baru 2014


Assalamualaikum w.b.t.



Masih belum terlewat untuk mengucapkan alhan wasahlan  buat tahun baru 2014. Pejam celik pejam celik, habes dah tahun 2013, tahun yang banyak mengajar aku susah payah untuk kembali membina kekuatan diri dalam mengembalikan semangat yang luntur tatkala kejatuhan dalam diri satu masa dulu. Alhamdulillah syukur ke hadrat Tuhan Yang Maha Esa atas kurniaan yang diberikan, diri dapat menyempurnakan tahun 2013 dengan jayanya. Mungkin tidak semegah, tapi ada kemajuan.