Saturday, December 10, 2011

::Percutian Mewah MT Nautica Maharani

Salam,

Aku dan windlass system kat bahagian aft Maharani.

Wow!!! Percutian. percutian pekejadahnye, gambo2 yang kat bawah nih sume adelah gambo2 aku mase intern dulu (bulan jun, 2011). Dah 6 bulan baru aku post pasal bende nih xsempat la nak post bende2 time aku intern ari tuh, busy memanjang. Dah mule ade mase lapang nih, bole la aku ber'blog' semule.

Pape pon, mase intern, aku berpeluang berkhidmat (ceh, berkhidmat tuh!!) kat kapal tangki baru, MT Nautica Maharani. Kapal nih di bine oleh syarikat tempat aku wat intern, Johor Shiyard & Engineering Sdn. Bhd. (JSE) dekat Teluk intan. Kapal nih adelah kapal terbesar yang penah dibine di Malaysia setakat nih. Panjang kapal nih 120 m, sevice speed of 12 knots (lebih kurang 20 km/h) dan kapasiti kargo adelah 10000 DWT.

Mule dibine pade penghujung suku tahun 2008 dan siap sepenuhnye pade suku pertame 2011, tapi hanye mampu diserahkan pade pemilik kapal, EA Technique Sdn. Bhd. (pemilik JSE) pade pertengahan tahun 2011 disebabkan masalah teknikal. Tapi pape pon kapal nih memang best!!

Dibine oleh JSE, syrikat yang ciput, saiz tanah sekangkang kere, lokasi pembinaan kat luar bandar, tapi berjaye membine sebijik kapal tangki yang terbesar di Malaysia!! Bangge aku intern kat sini, walopon aku tak terlibat dengan construction Maharani. (Tapi aku terlibat dengan construction Tanjung Puteri, 4 bijik lagi seh!!!)

Ape yang aku buat kat atas Maharani?

Jadi buruh, tak gune betol. Belaja tinggi2, ade ke kene angkat valve dari engine room, bukan kecik, valve pon dah separuh saiz aku. Memang cantek perangai bos aku.

Tapi sebenanye aku lagi banyak mengula kat atas Maharani nih. Selain daripade dapat merase sea trial Maharani (pusing2 keliling Pulau Pangkor). First time aku naek kapal bergerak selain daripade feri kat Pulau Pinang tuh.

Seronok duk kat Maharani, sume crew kapal sporting, cume kapten je agak kerek, macam nak mintak kene humban dalam laut!

Sepanjang tempoh aku kat Maharani, aku g usha2 perabih kapal nih. Sume tempat aku masuk, bile lagi nak merase. Engine room, navigation room, pump room, ballast pump room, sume tempat la aku g. Best wo~~~~

Aku share kat korang severals gambo aku time kat atas MT Nautica Maharani..Enjoy~~

MT Nautica Maharani daripade aft, starboard.

Main engine

View from poop deck during sea trial

Inside pump room

Navigation deck view taken from bridge deck

Intern student at JSE onboard of MT Nautica Maharani

Maharani view from Lumut jetty


ps: Tak saba rase nak jadi marine engineer nih. Adeh, lame lagi belaja, abes blaja tahun 2013. Harap2 rezki aku untuk keje dalam bidang marine nih tercapailah, InsyaAllah~~


BENDER RODRIGUEZ XII

No comments:

Post a Comment