Thursday, June 21, 2012

::Cikgu Mansor [Lawak]


Assalamualaikum w.b.t.

Camera model: CANON PowerShot A3000 IS; 
F-stop: f/2.7; Exposure: 1/200 sec; ISO: 100, Focal: 6mm
Editing: Adobe Photoshop CS5; Date Taken: Mar 17, 2012 (19:03)

Asyik tulis bende2 serius berbaur jiwang je, tulis plak pasal bende2 lawak gini, wat tambah penuh penulisan blog. Lagipon bersepah koleksi lawak2 gini kat PC aku. Tak salah share kan? Tapi mungkin ade yang korang dah pernah bace sebelum neh kat blog2 laen. Tapi untuk post neh, meh bace pasal Cikgu Mansor.


Kisah Cikgu Mansor 1

Cikgu Mansor sedang mengendali kelasnya untuk aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Mansor akan menyuruh murid²nya melakukanregangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Mansor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba-tiba memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Mansor menyergah muridnya yang bernama Roslan.

Cikgu Mansor : Roslan, kenapa kamu berhenti ni?
Roslan : Oh Cikgu Mansor , basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti. Tak kan nak kayuh jugak.
Cikgu Mansor : .............

Kisah Cikgu Mansor 2

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Cikgu Mansor telah bertanya kepada murid2nya.
Cikgu Mansor: Siapa nak pergi (masuk) syurga? 

Semua murid mengangkat tangan kecuali Roslan lalu Cikgu Mansor pun bertanya.

Cikgu Mansor : Roslan , kenapa awak tak nak pergi (masuk) syurga?
Roslan : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.
Cikgu Mansor : .............


Kisah Cikgu Mansor 3

Cikgu Mansor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar.
Cikgu Mansor : Roslan, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?
Roslan : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu Mansor: Mana tepungnya??
Roslan : Tepong kan ke dalam kek tu.... 
Cikgu Mansor: Bagus... Berdiri atas bangku sampai habis kelas. 


Kisah Cikgu Mansor 4

Seperti biasa, Cikgu Mansor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama. Cikgu Mansor mengajar budak tahun satu.Pada hari tersebut, beliau mengajar bab "cara berwudhuk". Selepas mengajar, beliau (cikgu) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan. 

Cikgu Mansor : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba-tiba seorang anak muridnye mengangkat tangan, seperti biasa, murid tu adalah Roslan. 

Roslan : Ada cikgu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Cikgu Mansor : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Roslan : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Cikgu Mansor : Allahhuakbarr!!!


Kisah Cikgu Mansor 5

Hari ini cikgu Mansor mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, kebetulan berbincang mengenai pokok pisang, lalu cikgu Mansor pon bertanye kepada murid-muridnya mengenai kegunaan pokok pisang.

Cikgu Mansor : Ramli, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Ramli : Untuk mencari makanan, cikgu.
Cikgu Mansor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu. 
Cikgu Mansor : Bagus! Sekarang giliran Roslan pula. Apakah tugas daun pisang?
Roslan  : untuk membungkus nasi lemak, cikgu.
Cikgu Mansor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas!


Haha... Lumrah la jadi tenage pengajar. Kalau ade kawan2 aku yang keje sebagai cikgu, satu hari nanti korang mesti akan merase bende2 macam neh. Bile dapat student yang perangai macam si Roslan neh kire ok la, bule menguji kesabaran korang.

sumber: koleksi humor peribadi

ps: Name dan watak rekaan semate2, harap maklum.

No comments:

Post a Comment