Friday, February 17, 2012

::Pernah ku Tergelincir Dari Landasan

Assalamualaikum w.b.t.

(Credit to http://kadikluang.blogspot.com)

Dengan tajuk pon korang boleh dapat teke sebenanye ape yang aku cube nak sampaikan. Tentang seseorang yang pernah tergelincir dari landasan kehidupan, pernah tertarik dengan kemaksiatan, pernah terjerumus ke lembah kemungkaran.

Kita Hamba yang Lemah

Tak dinafikan kite adelah hambe yang lemah. Mudah tergoda dengan bisikan syaitan. Bahkan kadang kale syaitan tak perlu berusaha bersungguh-sungguh nak goda kite, kite dah pun lalai oleh nafsu sendiri. Tergoda dan ditarik oleh nafsu sendiri kerana diri begitu lemah, iman yang senipis tisu, mudah dibolosi, mudah di robek.

Pernah sekali aku hampir terjerumus ke lebah kemaksiatan. Pernah sekali aku menarik orang ke arah kemungkaran. Pernah kaki aku nih setapak sudah berada di lebah hitam kemungkaran. tatkale iman senipis tisu, mudah dirobek, mudah digoda, mudah tertarik, mudah di binasa.

Kerana Iman

Tapi kerana iman juga, aku tersedar. Kerana iman juga aku takut. Kerana Iman juga aku tersentap. Kerana iman juga aku menyedari betapa lemah diri ini. Kerana iman juga aku sedar kemampuan diri. Kerana iman juga aku tersedar dari lamunan duniawi.

Aku lari menyendiri. Kembali mencari diri sendiri. Hidup terumbang ambing bersendirian. Tapi aku bersyukur tak membawa siapa2 lagi ke arah kemaksiatan. Aku mencari ruang, mencari masa, mencari kebenaran disebalik kekusutan. Mencari keimanan yang semakin hilang di dalam diri. Hingga aku terjatuh, tersungkur jauh ke tanah.

Rupanya iman itu ade dalam diri. Aku sendiri yang sibuk menyembunyi. Dengan iman aku berdiri. Dengan iman aku gagah kembali mencari jalan kebenaran, mencari jalan kehidupan yang aku pernah jauh daripadanya.

Kembali ke Jalan

Alhamdulillah, aku kembali bertemu jalan. Aku kembali ke landasan. Kesedaran dari lamunan, membawa diri ku ke arah ketakwaan. Iman dan amal sebagai bekal, membimbing ku ke jalan benar. Bersyukur aku kepada Tuhan, di atas kesakitan di kala kejatuhan, di atas bebanan di kala ujian hebat, di atas kasih sayang Nya tatkala diri ku sesat.

Hanya penyesalan tiggal kenangan. Kekesalan atas kesilapan. Kekesalan atas keterlanjuran. Kekesalan atas kemaksiatan. Kekesalan atas kemungkaran. Kekesalan atas tindakan. Namun aku bersyukur, aku tak membawa dia lebih dari arah kebenaran. Syukur pada Mu ya Allah.

Tika ini, aku tak mampu membimbing dirinya. Aku hanya mampu memohon pada Mu, agar dirinya dibimbing oleh Imam yang benar. Jika kau takdirkan aku sebagai Imam bagi dirinya, berikanlah aku kekuatan, kemampuan dan keupayaan untuk membinbing dirinya ke arah jalan Mu.

Layak kah Diri Ku

Kini, hanya nasihat mampu ku berikan pada rakan seperjuangan. Pengalaman sendiri jadi ukuran. Memberi panduan atas kesilapan diri ku dulu. Hina kah diri ku? Berbaloi kah usaha ku? Layak kah diriku? Kata-kata Imam Hassan Al Bsri menjadi pendorong bagi ku.
Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat mnympaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan.
(Imam Hasan al-Basri)

(Credit to http://layakkahakumenjadibidadarisyurga.blogspot.com)
Ya Allah
Kau berilah daku keupayaan untuk terus kekal pada jalan Mu. Berikanlah aku kekuatan agar aku mampu menjadi terbaik kepada Mu. Berikanlah aku keupayaan untuk aku menjadi Imam terbaik bagi keluarga ku. Berikanlah aku keupayaan untuk membimbing diri ku, keluarga ku, sahabat2 ku ke arah jalan Mu.
Ya Allah, andai dirinya di takdirkan untuk diri ku, Kau lindungilah dirinya, Kau rahmatilah kehidupannya, Kau permudahkanlah urusanya. Kau persiapkanlh dirinya untuk diri ku. Kau perkukuhkan lah dirinya dengan keimanan dan ketakwaan kepada Mu.
Namun andai aku bukan ditakdirkan Imam bagi dirinya, Kau persiapkanlah seorang Imam terbaik bagi dirinya. Yang mampu membeimbing dirinya ke jalan Mu, yang mampu melindungi dirinya, yang mampu membahgiakannya. Kerana Engkau Maha Pemurah, lagi Maha Mengetahui.
ps: Sekadar cebisan kisah kehidupan sendiri. Sebagai tatapan dan peringatan kepada yang lain... Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan sebagai panduan... ^_^

No comments:

Post a Comment