Friday, February 17, 2012

::Tatkala Maut Menjemput Diri

Assalamualaikum w.b.t.

(Credit to http://nd8830.blogspot.com)

Awal pagi aku hari nih dikejutkan dengan satu khabar berita daripade sahabat aku, Hakim Hanim tentang satu musibah yang menimpa seorang sahabat baik aku, Suhaimi Othman (Emi). Bapak kandung beliau, telah dijemput oleh Izrail, malaikat maut untuk bertemu dengan Tuhan. Satu berite yang sangat2 mengejutkan aku, maklumla aku sendiri tak tau bapak beliau ade sakit pape ke. So, so far yang aku tau, meninggal sebab sakit tua.

Dengan berite malang nih, aku cube sampaikan satu mesej penting pade rakan2 sume, betape manusie nih adelah hambe yang sangat2 lemah. Tak mampu melawan takdir tuhan, satu ketentuan yang telah ditetapkan sebelum kite lahir lagi, satu ikatan perjanjian yang telah kite persetujui semasa dalam rahim ibu lagi.

Sekadar Peringatan

Sesunggunye, ajal maut, jodoh pertemuan sume telah ditentukan oleh tuhan telah ditulis oleh malaikat, ume kite sendiri tak tahu bile, dimane dan bagaimane ianya akan berlaku.

Maka dengan itu, satu persoalan kepade rakan2 sekalian, sejauh manekah persediaan anda semua untuk menghadapi kematian? Sejauh manekah persediaan rakan2 untuk mengharungi persinggahan seterusnya (alam barzakh)?

Ingatlah, sesungguhnye mati itu benar, alam barzakh itu benar, hari pembalasan itu benar, hari akhirat itu benar, neraka dan syurga itu benar. Bersediekah kite untuk menghadapinya? Cukupkah amalan kite untuk berhadapan dengan tuhan?

Sekadar peringatan kepada diri sendiri dan rakan2 sekalian tentang persediaan kita. Kita hidup dalam dunia yang penuh cabaran dan dugaan, di persembahkan dengan pelbagai jenis kemasiatan dan kemungkaran. Sejauh manekah kite mampu menghadapi hari2 yang mendatang, dan sejauh manekah persediaan kite untuk menghadapi hari kematian yang datang tanpa memberitahu, tanpa sebarang tanda, tanpa menunggu....

ps: Al-fatihah buat arwah, moge ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman... Ucapan takziah kepada sahabat baik ku, Suhaimi, moge anda tabah menghadapi ujian Allah ini...InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment